Assalamualaikum..
Alhamdulillah,dah masuk entry ke-13 dah. Sempena no 13 ni,penulis nak cerita tentang Tahun Melawat Terengganu 2013. Ye,tahun ni negeri Terengganu yang jadi negeri pilihan Tourism Malaysia,tahun lepas negeri Perak.
Bila sebut je Terengganu,cuba teka apa yang pertama sekali terlintas di fikiran penulis? Hehe,of course one of my favourite food Keropok Lekor ! Yummmyyy,sedapnya. Baru semalam makan 100% keropok lekor yang diperbuat daripada ikan,bukan macam yang jual sekarang ni,tepung je lebih,sedih. ='( Import dari Kuantan,walaupun bukan dari Terengganu,tapi masih sedap. Hihi.. meh penulis bagi gambaran keropok lekor yang sedap tu.
Percayalah sedang penulis menaip ni,penulis juga sedang menelan air liur. Bagi la antara KFC ke,nasi ambang,nasi kerabu atau sewaktu dengannya,pasti tidak penulis menoleh kearah makanan-makanan tersebut. Pasti mata tertancap pada keropok lekor sahaja. Oh tidak,disebabkan penulis sangat 'hantu' keropok lekor,penulis akan sajikan lagi satu lagi gambar dari Encik Google. Tidakkkkk...
Cuba bayangkan minum petang anda bersama secawan teh panas dan sepinggan keropok lekor bersama sos cili Life atau Thai atau sos hitam khas untuk keropok lekor tu. Ya Allah,betul2 menggiurkan ni. Sudah,sudah,berbalik kepada entry ni,memang penulis nak cerita pasal Tahun Melawat Terengganu ni. Al-maklumlah sebagai bekas pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan ni wajib kena promote tempat-tempat menarik sekitar Terengganu. (walaupun tak jejak kaki lagi kat sana) hehe.
1. Pulau Redang
2. Pulau Perhentian
3.Tasik Kenyir
4. Pasar Payang
5.Pantai Telok Mak Nik ,Rantau Abang (tengok penyu bertelur) =)
6.Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah
7.Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal
8.Istana Maziah
9.Muzium Terengganu dan banyakkkk lagi,sila Google. ^___^
Okeyla,jarum jam menunjukkan angka 11.50 p.m ,penulis pun nak beradu ni. Akhir kata,sila doakan penulis dapat sambung Degree ke negeri ini, amin... ^____^






No comments:
Post a Comment