Tuesday, March 26, 2013

Ganu Kita

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,dah masuk entry ke-13 dah. Sempena no 13 ni,penulis nak cerita tentang Tahun Melawat Terengganu 2013. Ye,tahun ni negeri Terengganu yang jadi negeri pilihan Tourism Malaysia,tahun lepas negeri Perak. 




Bila sebut je Terengganu,cuba teka apa yang pertama sekali terlintas di fikiran penulis? Hehe,of course one of my favourite food Keropok Lekor ! Yummmyyy,sedapnya. Baru semalam makan 100% keropok lekor yang diperbuat daripada ikan,bukan macam yang jual sekarang ni,tepung je lebih,sedih. ='(  Import dari Kuantan,walaupun bukan dari Terengganu,tapi masih sedap. Hihi.. meh penulis bagi gambaran keropok lekor yang sedap tu. 






Percayalah sedang penulis menaip ni,penulis juga sedang menelan air liur. Bagi la antara KFC ke,nasi ambang,nasi kerabu atau sewaktu dengannya,pasti tidak penulis menoleh kearah makanan-makanan tersebut. Pasti mata tertancap pada keropok lekor sahaja. Oh tidak,disebabkan penulis sangat 'hantu' keropok lekor,penulis akan sajikan lagi satu lagi gambar dari Encik Google. Tidakkkkk... 






Cuba bayangkan minum petang anda bersama secawan teh panas dan sepinggan keropok lekor bersama sos    cili Life atau Thai atau sos hitam khas untuk keropok lekor tu. Ya Allah,betul2 menggiurkan ni. Sudah,sudah,berbalik kepada entry ni,memang penulis nak cerita pasal Tahun Melawat Terengganu ni. Al-maklumlah sebagai bekas pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan ni wajib kena promote tempat-tempat menarik sekitar Terengganu. (walaupun tak jejak kaki lagi kat sana) hehe. 

1. Pulau Redang
2. Pulau Perhentian
3.Tasik Kenyir
4. Pasar Payang
5.Pantai Telok Mak Nik ,Rantau Abang (tengok penyu bertelur) =)
6.Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah 
7.Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal
8.Istana Maziah
9.Muzium Terengganu dan banyakkkk lagi,sila Google. ^___^











Okeyla,jarum jam menunjukkan angka 11.50 p.m ,penulis pun nak beradu ni. Akhir kata,sila doakan penulis dapat sambung Degree ke negeri ini, amin... ^____^  

Monday, March 25, 2013

Muhasabah Diri

Assalamualaikum.. 

Kopi & Milo dari Encik Rusydi. http://selamattinggal.blogspot.com/


Kini, kita harus bicara. 
Dirimu perlu mula berbicara dengan diri sendiri. 

Dah tiba masa. Perlu jujur. Perlu luahkan. Perlu slow-talk. Perlu bincang. Perlu bersemuka.

Antara beberapa persoalan yang memerlukan jawapan segera:

1. Di tahap manakah iman dirimu kini? Di saat orang-orang soleh berlumba-lumba berebut Syurga; pejuang Syria, Palestine berkejaran satu sama lain ke pintu Syurga, di mana kamu letakkan dirimu? Di kalangan orang Soleh atau sebaliknya?

2. Siapa yang sebenarnya kau rindu? Tidak rindukah pada dirimu yang pernah cuba setia merindu si Dia Yang Satu? Ke mana diri yang itu menghilang? Panggil dia kembali. Dah tiba masa, pulang.

3. Berapakah umurmu sekarang? Memang jiwa sentiasa merasakan muda, tapi sedarlah kamu sudah kesuntukan masa.

4. Apakah kejayaanmu setakat ini? Sudah berjayakah membalas secebis dua pengorbanan penat-lelah ibu-bapamu? Atau masih lagi statik di tempat yang sama tanpa perubahan?

5. Solatmu. Berapa banyak mana yang sudah kau tinggalkan? Sudah ganti? Sudah taubat? Sudah insaf? Berapa kerap kamu ke masjid? Atau langsung tak pergi? Atau hanya solat Jumaat sahaja di masjid?  Usah bicara tentang tahajjud andai solat fardhumu masih terkontang-kanting. Namun, jika perlukan kekuatan untuk bersolat, kau perlu bertahajjud. Sungguh, solat fardhu dan tahajjud itu saling melengkapi.

6. Sudah berapa lamakah kau lalai begini? Apa yang buat dirimu lalai? Manusia, masalah hati, kerja, duit, internet, gajet? Sudah-sudahlah. Berapa lama lagi kau hendak berkeadaan begini? Usah 'mabuk' lagi. 
Sampai bila hendak bertuhankan nafsu?

Masa dah kurang. Tidak ada siapa pun antara kita yang makin bertambah masanya. Meski dipanjangkan umur, namun waktu tetap berkurang. 

Pulanglah. Ketika sejuta pintu kembali masih terbuka luas untukmu. Jangan sampai orang di sekelilingmu, malaikat di langit dan bumi membuka pintu yang satu itu untukmu - pintu kubur.

Semua orang akan melalui pintu yang satu itu. Bezanya, yang pandang sebelah mata pada sejuta pintu akan melalui pintu yang satu itu ke dalam bilik gelap pekat. Sedang yang pernah menghargai, langkah sahaja ke pintu yang satu itu, bilik yang terang benderang sedang menanti. 

Thursday, March 21, 2013

Web Anime Yang Comel


Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah,10 entry dalam satu bulan? Rajin betul jari penulis ni menari-nari kat keyboard ni kan,hehe. Satu perkembangan yang memberangsangkan ni (tepuk bahu sendiri) hihi,maaf hiperbola disitu. Sebelum ni ada 2 blog yang penulis tubuhkan (kenapa ayat tiba-tiba skema ni? ) tapi tak la serajin macam ni sekali,mungkin idea datang mencurah-curah ke dalam gandum ,dan jadilah coco cruch! Oh,sekali lagi maaf dipinta kerana penulis menjadi aktif malam-malam ni. ^___^ 

Okey,kali ni penulis nak kongsikan satu link ni. http://www.owhsomuslim.com . Tak rugi kalau buka web ni,sangat adorable ! Kawaiiii,sebab lukisan kartun dia comel-comel sambil tu menyampaikan ilmu yang kadang-kadang kita ambil sambil lewa je. ='(  Jom kita amalkan. 














Insha Allah, You Can Do It ! Aja Aja Fighting ! Oh,lagi satu link ni http://blog.spreadsalam.com/ . Next entry penulis akan kongsikan lukisan comel yang menarik perhatian penulis ye. =) 







Wednesday, March 20, 2013

The Truth May Scare You


Assalamualaikum..

Terlebih dahulu penulis ingin tekankan disini bahawa post kali ini agak 'susah' difahami bagi pembaca yang belum betul-betul membuka minda dan fikiran dengan seluas-luasnya. Sila lihat,faham dan teliti dengan video di bawah dan sila ABAIKAN antara ayat-ayat Bible yang diselitkan dalam video ni. Ambil yang positif dan buang yang negatif,sama-sama lah kita manfaatkan ilmu dengan sebaiknya. Betul atau tidak atau hanya kebetulan terpulang pada persepsi pembaca masing-masing.

Wallahu a’lam


The Truth May Scare You (Part 1)


Tuesday, March 19, 2013

Puisi Dari Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..


Kadang,aku cemburu melihat karenah manusia,
Berpasangan bagai dunia mereka yang punya,
Sedang aku? 
Masih tak punya siapa. 

Tapi aku silap,
Aku silap besar. 
Aku punya Dia sang Maha pemberi cinta,
Aku punya Dia,yang tak putus memberi nikmat.

Ah ! usah kalut dengan urusan manusia,
Mantapkan hubungan dengan tuhan,
Pasti ada hadiah dariNya bukan? 
Dia maha memberi segalanaya,
Mana mungkin Dia memungkirinya.


kopi & milo dari :

Niena Najwa Rashid 
19.3.13
Selasa - 11.40 pm



p/s: Awak,terima kasih sangat-sangat puisi ni, alahai..boleh dah buat buku dah ni kan Dr Cinta? Hehe,terima kasih sahabat. *Hug*   ^^

Running Man

Assalamualaikum.. 

Maafkan penulis terlebih dahulu kerana akan mengupdate luar dari topik keislaman tetapi lebih kepada minat penulis terhadap Korea. Ya,penulis adalah peminat drama/movie,lagu, dan segalanya tentang Korea. Sebentar lagi penulis akan meyenaraikan sebab musabab penulis minat dengan negara yang terkenal tentang 'Korean Wave' atau gelombang korea ni. =) 

Jangan salah faham akan blog ini,bukan hanya mengupdate mengenai keislaman sahaja tetapi tentang apa yang ingin diluahkan atau apa yang jari ini menulis. ^^ Okey,berbalik kepada Korean Wave,sekarang ni setiap minggu hari selasa penulis akan sentiasa download game show Running Man. 






Pada pembaca (ade ke? hihi ) yang tak tahu apa benda ni,sila google atau mungkin akan dipandang serong oleh peminat fanatik Running Man,opss! Okey,penulis akan cerita sikit mengenai RM ni,peserta terdiri daripada pengacara Yoo Jae Suk (tengah) pengacara yang sangat-sangat humble to earth,dia sangat terkenal di Korea dengan sifatnya yang sangat baik dan disukai ramai tak kira dari budak kecil sampai ahjumma/ahjusshi (makcik/pakcik) . Selain tu ada juga pelakon,penyanyi,dan rappers yang dulunya kurang dikenali ramai,tapi lepas menjadi peserta tetap dalam RM,mereka terus dikenali ramai termasuk seluruh Asia. Ini serius sebab antara lokasi penggambaran diorang di negara Korea sendiri,China,Hong Kong,Vietnam,Thailand,Macau. Yang bestnya ada scene di episod 75 kalau tak silap penulis ada tunjukkan scale model KLCC dekat Korea sana.






See,rasa bangga walaupun sekejap je scene ni,tapi secara tak langsung nama negara kita ada ditulis di situ,orang yang tengok pun tahu tentang Malaysia. ^^ . Antara sebab penulis menjadi peminat RM adalah :

1. Sebab dari kecil dulu memang minat dan suka negara Korea dan Jepun ,paling penulis respek sebab budaya hormat diorang. Sangat-sangat hormat orang yang lebih tua,beradab dan tak menjatuhkan sesama sendiri. (Jangan risau,penulis masih sedar diri yang penulis juga Orang Melayu yang kaya dengan adab sopan dan tatasusila,cuma sesetengah orang kita sangat kurang adab,lagi-lagi percakapan,berfikiran sempit dan tidak mahu membuka minda dengan seluas-luasnya . Maaf,hakikatnya memang benar.) 

2. Sebab penulis sekolah rendah dulu di sekolah cina,suka bergaul dengan kaum lain macam Cina,bila di kolej dulu ada kawan India. Dan mengalirnya darah dalam badan penulis ada darah Cina (nenek Cina mualaf) . Jadi tak kisah untuk berkawan dengan sesiapa pun termasuk la kawan dari negara matahari terbit, Konichiwa ( Hai )  Shinichi! Nari! Kenji  =) Bila tengok RM ni,tengok persahabatan diorang,sangat cool je,gaduh2 pun okey balik,dan diorang sangat mementingkan nilai persahabatan.

3. Sebab impian penulis dari kecil dulu (tak silap darjah 4) nak jalan-jalan di Jepun atau Korea tengok bunga sakura,hehe. Tak percaya sila belek diari saya,hihi . Dan yang paling penting penulis memang rancang ke dua-dua negara tersebut bila tiba masa dan saat nanti. Inshaa Allah. ^___^

4. Sebab diorang sangat jujur dan selamba je dalam RM ni,sangat kelakar dan tak kisah pun kalau diorang kena buat apa pun tugasan dalam game show ni. Segala perlakuan dan gerak geri diorang dari diorang bangun tidur sampai habis rancangan memang tak dibuat-buat. Kadang-kadang diorang pun tak tahu apa-apa pun,ada jugak episod yang rancang macam diorang akan kenakan guest yang datang. 

5. Sebab guest yang datang dalam RM ni. Sangat best dan cool! Episod 135 Jackie Chan datang okey,sangat WAH dan macam tak percaya,show ni memang awesome atau koreanya Daebak ! =) Selain tu,ada pelakon,penyanyi,ahli sukan dan sesiapa pun diorang boleh panggil untuk jadi guest diorang. 

6. Sebab yang paling penting diorang sangat FIT ! Dah 2 tahun lebih RM ni,jadi diorang sangat peka dengan persekitaran diorang,bila rasa semacam je diorang akan lari,sembunyikan diri dari kena tangkap. 

7. Sebab ada sorang and the only one peserta perempuan yang tetap iaitu ACE Song Ji Hyo yang juga pelakon. Sebab dia sangat berani/kuat dan selalu menang. Orang panggil dia ACE,lelaki pula ketuanya SPARTA Kim Joong Kok ,penyanyi bersuara halus tetapi berotot,suka pergi gym dan sangat menjaga kesihatan. 




Penulis cadangkan sesiapa yang tak minat/anti korea ni tengok dulu 1 atau 2 episod RM,setakat ni penulis dah yakinkan lebih dari 5 orang yang kureng Korea ni tengok show ni,dan keputusannya diorang yang terlebih excited ! Hehe,termasuk kakak sendiri. Hohohoho (sudah,jangan RIAK) ^^  Tak lupa juga pada VJ (cameraman) diorang,setiap peserta ada cameraman sendiri,cool kan? Cameraman diorang pun FIT,lari/sembunyi sama-sama dengan diorang. Nak bagi THUMB UP kat cameraman,dan krew-krew RM sebab tanpa diorang RM takkan jadi lebih menarik.








Oh,sebelum terlupa penulis nak ingatkan pada diri dan terutama pada pembaca dan semua orang kita kenalah sentiasa POSITIF dan bersangka baik,janganlah pula bila dah baca apa yang penulis taip ni terus cakap penulis lupa diri la,culture shock la dan lain-lain. Ambil yang jernih je,keruh dibuang okey? ^____________^

Friday, March 15, 2013

Dakwah Alam Siber

Assamualaikum ..

Nombor 7, nombor kesukaan penulis ^_____^ 

Alhamdulillah. Kali ni memandangkan post nombor 7,perlulah post yang menjadi kegemaran hati penulis,hihi. Letak bintang kejap *** lalala. =) Okey,penulis suka baca blog ni. http://selamattinggal.blogspot.com. Sangat-sangat bermakna dan berbaloi kalau singgah,sila ye. Penulis suka cara encik Rusydi (rasanya) menulis,dan memberi nasihat melalui facebook dan blognya. Oh,beliau juga banyak lukis lukisan yang penulis share di post lepas,google je Rusydee Art,akan keluar dengan banyaknya. =) Rasa nak share je semua karya-karya dia kat sini,takut pula disalah erti nanti. Maafkan diri ini ye encik Rusydi. =) 

Hati,kalau tak dijaga dengan baik,akan kotor,akan hitam dan gelap. Bagaimana hati boleh kotor sedangkan yang mencorakkannya adalah ibu bapa kita? Pernah dengar kan perumpamaan seperti : "Anak bagaikan kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya,jika putih putihlah,jika hitam hitamlah." Tapi jangan pula menyalahkan ibu bapa 100% ,umur 7 tahun kita sudah baligh,bukankah kita ada akal yang tahu berfikir mana  baik dan buruk? Sila jangan berfikir negatif,segala masalah sebenarnya berpunca daripada kebanyakkan cara orang berfikir, susah apabila minda di setkan berfikiran jangka masa pendek contohnya bila membaca atau mendengar sesuatu berita itu,akan cepat percaya,bukan mahu menyelidiknya terlebih dahulu. Apabila berlaku begini,akan ada berlakunya pergaduhan,perselisihan faham jika sesuatu berita itu palsu atau khabar angin sahaja. Malah boleh putusnya hubungan silaturrahim antara satu sama lain. MasyaAllah.. 

Ayuh bangkitlah wahai pemuda pemudi sekalian,bangun dan berjihad di jalan Allah,bukan disuruh berperang dengan musuh,hanya berjuang menegakkan Islam melalui saluran yang betul. Facebook ada,Twitter ada,Blog ada and you name it,hanya buat atau tidak terpulang pada individu tu masing-masing. Wassalam.




Single or Couple?

Assalamualaikum.. 

Masa terus berlalu. 16 Mac 2013 , jam menunjukkan angka 12.25 pagi. Ya,penulis masih lagi berjaga,ligat otak pagi ini untuk meng 'update' post baru walaupun takde sorang pun yang baca melainkan diri sendiri,hehe. Biarlah,suatu hari nanti bila umur panjang dan sudah berusia,akan buka balik blog ini dan baca semula (mungkin hidup lagi atau tidak terserah pada-Nya). 

Kali ni penulis teringin nak menaip dan bercerita tentang couple atau bahasa jawanya berpasangan. Hihi, siapa yang nak hidup berseorangan? Sedangkan binatang pun perlu berteman,kalau kita buka hati, minda dan mata kita lihatlah kebesaran-Nya ,menjadikan manusia dan binatang berpasang-pasangan. Tapi masa kini? =) Couple tu kira wajib bagi setiap manusia,kata mereka senang untuk mengenali hati budi masing-masing (terasa diri ini) .Hmm,tentu terdetik di hati manusia yang ingin berkahwin,melahirkan zuriat,hidup berteman,dan merasa berkeluarga bukan? Penulis tidak terkecuali,siapa yang tak nak berkahwin? Mungkin sebilangan kata tidak kerana takut akan keadaan sekarang ni,tak sampai beberapa bulan atau tahun sudah banyak kes cerai,malah menjadi lumrah hidup. MashaAllah,minta dijauhkan. 

Penulis banyak baca dari buku,majalah,artikel malah video mengenai hidup berpasangan ni,lagi-lagi jiwa muda ni mudah terleka dengan duniawi sekarang,rasa takut untuk memilih jodoh,malah dengan diri ini yang serba kekurangan. " Layakkah aku diberikan lelaki yang baik-baik? Sudah bersediakah mahu memikul tanggungjawab selepas berumahtangga? Sudah cukupkah amalan dan sifat-sifat seperti muslimah sejati? " Segala persoalan kerap bermain di minda penulis,hendak diluah tetapi tak yakin ada yang boleh menjawab,dan penulis malu mahu bertanya pada yang arif. Allah.. ='(







Penulis memang hendak mendirikan rumahtangga,orang kata bila dah berkahwin ni pahala berlipat-lipat kali ganda. Bayangkan lihat+tenung mata pasangan kita sudah dikira pahala? Apatah lain-lain lagi? Bestnya! Rasanya dah banyak kali dah penulis cakap dengan keluarga yang mahu berkahwin dalam nada bergurau (hihi) tapi biasalah,ibu bapa sekarang ni sebab sayangkan anak dia la mereka suruh belajar habis dulu,cari kerja elok-elok,pengalaman baru berasa susah,rasa berdikari,dan cari duit sendiri dulu.Insha Allah. ^____^






 Memang perkahwinan perlukan restu ibu bapa,tapi kalau seseorang anak itu melakukan dosa,maksiat sebelum berkahwin nanti? Soalan ini selalu bermain di fikiran penulis,dengan zaman teknologi sekarang,zaman moden sekarang,tak mustahil kes membuang bayi berleluasa,siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah pelaku itu kerana tewas dengan nafsu? Ibu bapa yang kurang memberi pendidikan atau menyalahkan teknologi dan keadaan sekeliling? Tepuk dada tanya Iman. =) 

p/s : Share ,kopi dan milo gambar rusydee art. sila singgah di blog encik ini ^____^  http://selamattinggal.blogspot.com

Istikharah Cinta

Lirik lagu blog : 


Istikharah Cinta - Sigma


Bersaksi Cinta Diatas Cinta

Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a



Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman



Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata



Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu



Di Istikharah Cinta..

Thursday, March 14, 2013

Kota Metropolitan

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, penulis baru balik dari Kuala Lumpur petang tadi,terasa nak berjalan-jalan di bandar metropolitan ini. Sedang penulis menunggu kawan untuk berjumpa,duduk di Burger King di stesen LRT Masjid Jamek melihat warga kota lalu-lalang . Tiba-tiba terlintas di fikiran,idea menulis datang,mula keluarkan handphone di kocek dan menaip :

"Kehidupan di Kuala Lumpur,sesak,pencemaran bunyi,asap,penuh dengan lautan manusia dan kenderaan yang tidak putus-putus menuju ke destinasi masing-masing. Segalanya yang ada di Kuala Lumpur hanya sia-sia. Mana udara segar yang seharusnya kita hidu? Mana perginya ketenangan yang kita cari? Mana perginya adab budi pekerti yang ada di dalam diri setiap manusia? Hilang sekelip mata bila kemewahan membuatkan mata buta, keasyikkan yang membuatkan telinga pekak dan suapan yang membuatkan mulut bisu. Benar kita hanya manusia biasa. Benar."





Saturday, March 9, 2013

Rapuhnya Hati Kita

Assalamualaikum..


Ya Allah,hinanya hambamu ini. Hambamu yang penuh dengan noda dan dosa. Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami, dosa kaum yang terdahulu kami. Hanya engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Amin.



Ya,lihat diri kita sendiri. Penuh dengan dosa,noda,setiap hari berlakunya maksiat. Maksiat mata,maksiat hati,maksiat telingan ,tangan dan sebagainya.









Selalu orang cakap jangan jaga tepi kain orang,tengok diri sendiri dulu baru boleh nasihat. Penulis rasa,ayatni dah tak boleh pakai sebab bukankah Islam menggalakkan umatnya tegur menegur sesama saudaranya. Ye,memang diri sendiri pun tak betul,tapi kita boleh berkongsi pendapat,pandangan dan idea bila berbicara bukan? Jangan hanya berbicara tentang perkara yang lagha  (sia-sia) sahaja,bukan tak berfaedah malah membuang masa. Bangkitlah wahai umat Muhammad s.a.w,mari kita bersama-sama menegakkan Islam di mata dunia. Ayuh! 







Opick - Rapuh


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku kuharap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu





Thursday, March 7, 2013

Berakhirnya

No relationship before marriage. Unless you dah prepare mental & physical for marriage. Biar ada matlamat. Biar ada tujuan. Bukan suka-suka. Realiti sebuah percintaan adalah perkahwinan, selagi you tak ada usaha kearah itu, cinta tak lebih dari sebuah mimpi, sebuah kata kosong, yang tiada rohnya. Kalau belum ready jangan dekat. Jangan." 

 - kopi dan milo dari akuislam.com -



Benar, penulis pernah mengalaminya,baru baru ni. Yup,terasa diri ni kurang pandai (kata ganti b---h ,maaf penulis bukan kaki mencarut) dalam hal sebegitu.2 tahun bersama,tapi tapi kami tak seperti pasangan lain yang selalu berkepit ke sana ke mari. Hanya melalui telefon, email dan skype sahaja memandangkan dia belajar di luar negara. Sejak memutuskan hubungan kami,ye rasa lain. Perasaan lega terlalu indah,tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,rasa selesa kerana tidak terikat dengan mana-mana lelaki. Alhamdulillah,bersyukur ke atasNya kerana menyelamatkan diri ini dari terus hanyut. =') 



Betul,tak mungkin akan hilang terus perasaan sayang kepada si dia,tapi penulis perlu belajar macam mana nak hilangkan perasaan ini,inshaa Allah. Semoga penulis di bawah lindunganNya. 







Biar Hati Berbicara

Assalamualaikum.. 

Hai debu-debu kosong,hai kuman-kuman dan hai juga kepada sesiapa yang tersinggah di blog tak seberapa ni. Ya,blog ini direka khas untuk orang-orang yang macam saya? Betul,orang yang penuh tanda tanya,penuh dengan soalan yang kadang-kala tak terjawab soalannya. 



Cuba tengok sekeliling? Teliti betul-betul apa yang berlaku,bergerak dan berjalan di sekeliling anda sekarang? Tiba-tiba rasa nak jadi orang rabun/buta sekejap,sampai tak sanggup nak pandang dan lihat keadaan sekarang. Maksiat,Kejahatan,dan lain-lain berleluasa ,makin menjadi-jadi akhir zaman ni. Betul,memang banyak lagi perkara indah yang boleh dilihat secara zahirnya,tapi batin? Disebalik suka ada duka,begitu juga kehidupan,ada pahit dan manis,ada baik dan buruknya. 









p/s : bukan seorang yang pandai dalam agama,tapi bukankah sifat saudara sesama islam yang suka menegur kearah kebaikan? =)