Tuesday, May 21, 2013

Membaca Jambatan Ilmu

Assalamualaikum..





Taraaaa,nampak buku-buku kat atas ni? Penulis beli di MPH Melaka haritu (err,lama dah ). Lepas baca sikit isi kandungan dalam buku-buku ni semua terus penulis letak kat kaunter.Sebenarnya panajng ceritanya masa nak beli buku-buku ni semua,tapi Alhamdulillah dipermudahkan-Nya. =) Okey,penulis ringkaskan ceritanya.

1. Khutbah Terakhir Rasulullah

Sebenarnya buku ni last stock kat MPH,penulis ulang-alik pergi Popular dulu cari buku ni baru dapat kat MPH,sebelum hari kejadian penulis memang usha dulu buku-buku baru dan ternampak la buku ni kat 'hot seller'. Mata terus tertancap pada tajuk ni,menarik. Memang nak beli nanti bila dapat gaji (kerja sekejap selama 3 bulan di Melaka) Disebabkan kekurangan duit masa tu,terus balik dan kemudian datang masa hari kejadian. 

Al-kisahnya masa tengah cari buku ni,tak jumpa terus tanya pekerja kat situ,cari punya cari dia pun cakap buku ni dah habis stock. Tapi dia suruh tunggu sekejap,nak cari dalam sistem. Hati dah rasa tak keruan dah,pulak dah.. tapi Alhamdulillah,dia cakap ada satu lagi kalau ikutkan dalam sistem,cari lagi,tiba-tiba jumpa kat celahan buku lain. Rupanya tersorok sikit buku ni dan dah beralih dari tempat asalnya. Seriously memang rasa nak nangis,tiba-tiba je rasa terharu sebab dapat beli buku ni. Penulis pun tak tau kenapa tiba-tiba boleh rasa sebak walhal penulis ni jenis jarang nangis. =')

"Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..."



Bab 1 : Takdir Hak Abadi Allah SWT
Bab 2 : Ketekunan Dan Kewajipan Berdakwah
Bab 3: Silaturahim Ukhwah Suci
Bab 4: Kematian Itu Pasti
Bab 5: Bahaya Riba
Bab 6: Syaitan Musuh Yang Nyata
Bab 7: Kerukunan Rumah Tangga
Bab 8: Kedaulatan Rukun Islam
Bab 9: Takwa Sebaik-baik Bekal
Bab 10 : Wasiat Penyelamat



2. Bencana Akhir Zaman

Kalau tak silap penulis buku ni pun 'hot seller'. Sangat-sangat berbaloi beli buku ni sebab isi kandungan dia padat tentang apa yang akan berlaku pada akhir zaman berpandukan al-Quran dan Hadis,seiring dengan apa yang berlaku pada masa sekarang ni. Masha Allah. 







Tengok kulit depannya pun dah rasa takut,lagilah isi dalamnya. Penulis edit bagi terang tulisan yang halus tu,tapi tak jelas juga. Takpe,penulis taip balik ye apa tulisan halus tu. (berapa banyak perkataan tulis ni? hehe )


"Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada,dan ikuti kejahatan itu dengan kebaikan,nescaya ia akan menghapuskan dosa kejahatan itu dan berakhlak kepasa manusia dengan akhlak yang baik"

(Direkod oleh at-Tirmizi)


Ada 5 bab dalam buku ni,tapi percayalah kelima-lima bab ni sangat padat dan mudah difahami oleh semua. 

Bab 1 : Mengenali Kiamat
Bab 2 : Bencana Yang Akan Terjadi Pada Akhir Zaman
Bab 3 : Tanda-tanda Kecil
Bab 4 : Tanda-tanda Besar
Bab 5 : Berlakunya Kiamat

Selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ,rahmat sekalian alam,manusia agung dan penghulu segala nabi kerana banyak berkorban untuk kita dan bersusah payah untuk kita selama ini. Al-Fatihah. 


3. Ucapkanlah Alhamdulillah

"Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih"

Buku ni menghuraikan tentang pengertian kalimah 'Alhamdulillah,' hukum melafazkan dan kisah para nabi terdahulu yang mengungkapkannya untuk panduan kita dalam mensyukuri nikmat Allah.



Bab 1 : Pengenalan
Bab 2:  Nabi-Nabi Yang Terawal Mengucapkan Alhamdulillah
Bab 3 : Kelebihan Berzikir Dengan Alhamdulillah
Bab 4 : Alhamdulillah : Kalimah Azimat Atau Adat
Bab 5 : Konsep Syukur Dalam Kalimah Alhamdulillah
Bab 6 : Apabila Kita Lupa Ucap Alhamdulillah
Bab 7 : Solat Tanda Kita Rasa Syukur
Bab 8 : Syukur Adalah Satu Keutamaan
Bab 9 : Bersyukur Lebih Berat Dari Bersabar
Bab 10 : Asmaul Husna Pujian Kepada Allah SWT
Bab 11 : Ibadah Korban Tanda Hamba Yang Bersyukur 
Bab 12 : Jadilah Manusia Yang Bersyukur

Ingatlah Dia bila kita susah mahupun senang,sedangkan suatu hari Saiyidina Ali r.a menangis sebab takut dan bimbang Allah Swt telah melupakanya pada hari itu dan tidak diberikan ujian. Masha Allah,kita? Baru dapat musibah atau perkara yang kita tidak diingini,kita dah cepat melatah,marah atau sakit hati kerana ditimpa ujian. Walhal yang memberi ujian itu Yang Maha Kuasa. Semoga kita sama-sama berubah dan sama-sama mengambil iktibar atas kisah ini. Insha Allah.. =)





















Thursday, May 16, 2013

Mentaliti Masa Kini

Assalamualaikum..

Salam sejahtera,salam 1 Malaysia ,salam perpaduan. Wah,semangat menulis malam2 macam ni. Jarum jam menunjukkan angka 11.44,entry kali ni hanyalah luahan hati penulis yang sekian lama terpendam. Hanya dari medan penulisan yang dapat penulis sampaikan kepada pembaca yang membaca blog yang serba kekurangan ini. =)

Mentaliti. Ye,mentaliti dari sudut pandangan penulis bermaksud apa yang telah ditanam di dalam kepala atau difikirkan oleh seseorang itu sehingga menyebabkan sesuatu perkara tu menjadi positif atau negatif. Contohnya dari pengalaman penulis sendiri yang dulunya bersekolah di sekolah cina. Ramai kawan2 penulis di sekolah petang (sekolah agama) mengejek ' Eh,kau sekolah cina tu makan apa kalau rehat? Bukan kat kantin tu jual bibi ke? (khinzhir) ' dengan mimik2 muka yang kurang menyenangkan. Pada mulanya memang penulis rasa terkilan sangat,ye la,masih di usia yang muda,terus mengadu dengan mak. Ingat lagi mak nasihat : "biarlah orang nak cakap apa,yang penting kita tau apa kita buat,biarkan diorang cakap,dah penat berhentila tu."  Memang betul kata mak,tak lama lepas tu diorang dah tak cakap lagi,mungkin penat sebab penulis buat tak layan je,dah jelaskan sekali cukup,selebihnya terpulang pada mereka nak fikir apa. 

Untuk pengetahuan pembaca,penulis memang bawa bekal dari rumah setiap hari  untuk makan masa rehat di sekolah cina tu,tak ada sebab penulis nak beli makanan yang dimasak oleh orang kantin. Walaupun ada peristiwa yang pahit untuk dikenang,banyak lagi kenangan manis yang penulis alami. Penulis sangat berterima kasih kepada kedua ibu bapa sebab menghantar penulis ke sekolah cina. Banyak manfaatnya yang penulis dapat hari ini. 

Dari sini kita dapat kesan macam mana mentaliti orang Melayu dari zaman dulu lagi. Kenapa kita lambat nak maju sedangkan kita boleh maju seiring dengan negara luar? Kenapa kita tak boleh nak pegang ekonomi sekarang,sedangkan orang Cina boleh buat? Sebab kita tak bersatu,pernah dengar pepatah 'Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh? Itulah yang terjadi sekarang,bila penulis duduk sorang2 dan berfikir tentang apa yang berlaku sekarang ni,amat menyentuh hati penulis. Sedih,Terkilan tengok bangsa sendiri saling menjatuhkan sesama sendiri, Tak boleh tengok orang senang sikit dah timbul perasaan PHD. Masha Allah.. 

Apa yang bangsa kita sedang lakukan ini? Berhentilah bertelagah sesama sendiri,berhentilah memandang sinis pada orang lain,berhentilah dari menabur fitnah,berhentilah.. Boleh ke selesai masalah kalau kita saling mengejek,saling memaki hamun dan mencarut? Indah ke bahasa jiwa bangsa tu? Tak boleh ke kita duduk semeja bincang,beri pendapat masing2 dan capai kata sepakat? Tak boleh ke kita rendahkan ego kita tanpa mengira darjat,pangkat? 

Maafkan penulis jika setiap perkataan yang penulis taip ni mengguris hati dan perasaan kalian. Mungkin terhiris tapi memang kenyataan,kenapa kita tak boleh terima kenyataan wahai sahabatku? Cuba buka hati,buka minda dan fikir secara positif. Tarik nafas,hembus dan fikir sedalam-dalamnya. Fikirlah..






Maher Zain - Open Your Eyes

Look around yourselvesCan't you see this wonderSpreaded infront of youThe clouds floating byThe skies are clear and bluePlanets in the orbitsThe moon and the sunSuch perfect harmony

Let's start question in ourselvesIsn't this proof enough for usOr are we so blindTo push it all aside..No..

We just have toOpen our eyes, our hearts, and mindsIf we just look bright to see the signsWe can't keep hiding from the truthLet it take us by surpriseTake us in the best way(Allah..)Guide us every single day..(Allah..)Keep us close to YouUntil the end of time..

Look inside yourselvesSuch a perfect orderHiding in yourselvesRunning in your veinsWhat about anger love and painAnd all the things you're feelingCan you touch them with your hand?So are they really there?

Lets start question in ourselvesIsn't this proof enough for us?Or are we so blindTo push it all aside..?No..

We just have toOpen our eyes, our hearts, and mindsIf we just look bright to see the signsWe can't keep hiding from the truthLet it take us by surpriseTake us in the best way(Allah..)Guide us every single day..(Allah..)Keep us close to YouUntil the end of time..

When a baby's bornSo helpless and weakAnd you're watching him growing..So why denyWhats in front of your eyesThe biggest miracle of life..

We just have toOpen our eyes, our hearts, and mindsIf we just look quiet we'll see the signsWe can't keep hiding from the truthLet it take us by surpriseTake us in the best way(Allah..)Guide us every single day..(Allah..)Keep us close to YouUntil the end of time..

Open your eyes and hearts and mindsIf you just look bright to see the signsWe can't keep hiding from the truthLet it take us by surpriseTake us in the best way(Allah..)Guide us every single day..(Allah..)Keep us close to YouUntil the end of time..

Allah..You created everythingWe belong to YouYa Robb we raise our handsForever we thank You..Alhamdulillah..



Wednesday, May 15, 2013

Hari Ibu dan Hari Guru

Assalamualaikum..

'Kalau tak jawab dosa,kalau jawab sayang... ' bak kata blogger kak Maria Elena. =) Maaf,penulis membiarkan lagi blog ini bersarang,berdebu,sunyi dan sepi. Fuhhhh,habuk kemain tebal lagi,hehe.. 

Sempena entry nombor 16 ni,penulis nak buat entry khas untuk tarikh 16 Mei iaitu Hari Guru. Sebelum tu ada jugak kan sambutan Hari Ibu,bagi penulis,hari-hari hari ibu,sebab jasa kedua orang tua kita tak kan dapat terbalas oleh kita. Besar sangat2 pengorbanan dan jasa mereka mendidik,menjaga kita dari kecil lagi.

Penulis nak ucapkan Selamat Hari Guru terutama kepada kedua ibu bapa penulis sebab sebelum cikgu,mereka yang mendidik kita dari rumah lagi. Kepada cikgu2 dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan lecturer-lecturer di Kolej, terima kasih atas didikanmu,jasamu,kesabaran,pengorbanan,susah payah,letih dan tak jemu mengajar penulis hinggalah kini.

Tanpamu,penulis mungkin tidak akan berdiri di atas kaki sendiri seperti sekarang,tanpamu juga penulis mungkin tidak akan tahu ilmu pengetahuan,dan tunjuk ajar dari kamu wahai guruku amat penulis hargai. Terima kasih atas segalanya,budimu tak terbalas oleh penulis,hanya satu yang dipinta,halalkan segala ilmu yang telah diajar kepada penulis. Sekali lagi ribuan dan jutaan terima kasih penulis ucapkan. 












Untuk mak,maafkan penulis atas segala kesalahan,kesilapan penulis,kedegilan dan kenakalan penulis dari kecil ye mak? Tapi penulis tau yang penulis anak yang baik kan? Hehe..jangan risau ye wahai bondaku,segala nasihatmu,teguranmu akan diingati selalu. Doakan yang terbaik untuk anakmu ini ya? ^______^  I LOVE YOU MOM !  =')