Wednesday, May 15, 2013

Hari Ibu dan Hari Guru

Assalamualaikum..

'Kalau tak jawab dosa,kalau jawab sayang... ' bak kata blogger kak Maria Elena. =) Maaf,penulis membiarkan lagi blog ini bersarang,berdebu,sunyi dan sepi. Fuhhhh,habuk kemain tebal lagi,hehe.. 

Sempena entry nombor 16 ni,penulis nak buat entry khas untuk tarikh 16 Mei iaitu Hari Guru. Sebelum tu ada jugak kan sambutan Hari Ibu,bagi penulis,hari-hari hari ibu,sebab jasa kedua orang tua kita tak kan dapat terbalas oleh kita. Besar sangat2 pengorbanan dan jasa mereka mendidik,menjaga kita dari kecil lagi.

Penulis nak ucapkan Selamat Hari Guru terutama kepada kedua ibu bapa penulis sebab sebelum cikgu,mereka yang mendidik kita dari rumah lagi. Kepada cikgu2 dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan lecturer-lecturer di Kolej, terima kasih atas didikanmu,jasamu,kesabaran,pengorbanan,susah payah,letih dan tak jemu mengajar penulis hinggalah kini.

Tanpamu,penulis mungkin tidak akan berdiri di atas kaki sendiri seperti sekarang,tanpamu juga penulis mungkin tidak akan tahu ilmu pengetahuan,dan tunjuk ajar dari kamu wahai guruku amat penulis hargai. Terima kasih atas segalanya,budimu tak terbalas oleh penulis,hanya satu yang dipinta,halalkan segala ilmu yang telah diajar kepada penulis. Sekali lagi ribuan dan jutaan terima kasih penulis ucapkan. 












Untuk mak,maafkan penulis atas segala kesalahan,kesilapan penulis,kedegilan dan kenakalan penulis dari kecil ye mak? Tapi penulis tau yang penulis anak yang baik kan? Hehe..jangan risau ye wahai bondaku,segala nasihatmu,teguranmu akan diingati selalu. Doakan yang terbaik untuk anakmu ini ya? ^______^  I LOVE YOU MOM !  =')






No comments:

Post a Comment