Friday, August 30, 2013

Bersyukurkah Kita?

Assalamualaikum..

Bersyukurkah kita? Tajuk entry pada kali ni penulis akan tekankan perkataan SYUKUR. Tanpa Google,dari segi fahaman penulis,syukur bermaksud mengucapkan terima kasih padaNya dengan perbuatan dan perkataan. Dari mula kita bangun dari tidur hingga kita tidur semua keranaNya. Berapa ramaikah kita yang mengucap Alhamdulillah ataupun membaca doa bangun tidur selepas bangun dari tidur? Berapa ramaikah kita yang mengucapkan syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya? Contohnya kita sentiasa diberi ujian sama ada kecil mahupun besar seperti tayar pancit semasa hendak pergi ke tempat kerja,tidak mempunyai kewangan yang kukuh,mempunyai rumah yang kecil,ditimpa musibah berganda-ganda? Apa respon pertama kita? 'Aduh,buat hal la pulak benda alah ni,lambat la pergi kerja.' 'Keluarga kami susah dari dulu lagi,kadang-kadang makan sekali sehari je'. 'Ahhh! leceh la,malas la macam ni,banyak problem la'. Itu antara contoh yang berlaku disekeliling kita,sedang berlaku dan banyak berlaku disetiap hari kita.

Tahukah anda bahawa setiap ujian yang diberikanNya tanda bahawa Dia sentiasa memerhatikan kita? Dia tidak akan memberi kita ujian yang sebegitu jika kita tidak kuat. Musim hujan kebelakangan ini,berapa ramaikah kita yang menadah air percuma dariNya? Berapa ramaikah kita yang membazir makanan apabila tiba musim perayaan,misalnya rumah terbuka. Ramai yang mengambil makanan secara berlebihan,penuh pinggan dengan segala juadah kerana rambang mata dan akhirnya hanya makan sikit dan lebihannya tinggal tidak berusik? Allah.. Membazirnya.. ='(

Alhamdulillah,disebabkan didikan keluarga penulis yang mengamalkan kesederhanaan dalam setiap perbuatan amat penulis kagumi. Sampaikan ada rakan rakan yang pernah menggelarkan penulis seorang yang kedekut kerana segala perbelanjaan penulis di kolej dahulu akan ditapis dan dikaji dahulu sebelum membelanjakan duit. Mana kemahuan atau keperluan. Akhir bulan,mereka juga lah yang bertanya macam mana nak jimat duit. =) 

Akhir kata,tanyalah diri sendiri. Macam mana kita jalani kehidupan seharian kita? 

Friday, August 23, 2013

Refleksi Diri

Assalamualaikum.. Masha Allah,dah lama tak update blog ni,bukan setakat habuk,kuman,bakteria dan geng2 dia semua ada dah kat blog ni. Hehe,nak tau something tak? (Bajet orang baca blog ni je) Sebenarnya selama menyepikan diri seketika ni kan,orang yang tengah taip ni sebenarnya kan lupa PASSWORD. Okey,agak pelik sebab sendiri yang letak password boleh lupa pula. Alhamdulillah,baru je dapat log in lepas try banyak kali. ^______^ 

Masuk tajuk sebenar,sekarang masih lagi bulan Syawal kan? Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menikmati dunia yang sementara ini cuma sekarang ni dunia tengah gawat,senang cerita dunia dah akhir zaman. Masha Allah,baru-baru ni tragedi bas terhumban di Genting Highland,kes tembak menembak macam main game,kes dera anak/isteri,kes budak main mercun,dan tak lupa juga saudara-saudara kita yang syahid di negara Islam terutama di Mesir sana. Allahu Rabbi ='(   

Semenjak dua menjak ni penulis begitu sensitif apabila mengenangkan nasib saudara kita di Mesir sana,dengan pergolakkan yang berlaku sekarang ni,keadaan di sana sangat menyayat hati. Penulis banyak menonton video amatur yang mereka rakam,dimana ramai yang ditembak sesuka hati oleh tentera Mesir,dilepaskan gas beracun,dan banyak lagi yang video yang memaparkan keadaan disana. 

Mereka diuji dengan peperangan dan mereka bermati-matian menegakkan syiar Islam,Masha Allah.. Kita disini? Isu politik yang tidak habis-habis,isu resort masjid yang dijadikan tokong,isu kalimah Allah,isu syiah yang berleluasa,dan sebagainya. Terkadang berfikir kenapa semua ni boleh terjadi? Salah siapa? Mungkin kita senang menuding jari kepada pihak tertentu,tapi puncanya tak lain tak bukan dari kita sebenarnya. Seperti apa yang penulis post kan pada entry yang lepas,kita TIDAK bersatu. 

Tahukah anda bahawa bangsa MELAYU sedang diperhatikan dan diketawakan oleh bangsa-bangsa lain? Kerana kita cepat melatah,cepat menuding salah antara satu sama lain,cepat menilai seseorang tanpa mengenalnya terlebih dahulu,cepat juga mulut yang lantang memaki hamun sesama sendiri. Malunya kita pada mereka..kita bertelagah sesama sendiri,mereka bersenang lenang sambil menepuk tangan kegembiraan dengan perancangan mereka yang berjaya. Perancangan mereka yang ingin lihat bangsa MELAYU jatuh,ISLAM hancur dan mereka juga sedang mengatur rancangan dengan teliti untuk menumbangkan kita pada bila-bila masa. Nauzubillah.. Sekarang,cuba muhasabah diri,refleksi diri kita,apa yang kita mampu lakukan pada masa kini?