Friday, August 30, 2013

Bersyukurkah Kita?

Assalamualaikum..

Bersyukurkah kita? Tajuk entry pada kali ni penulis akan tekankan perkataan SYUKUR. Tanpa Google,dari segi fahaman penulis,syukur bermaksud mengucapkan terima kasih padaNya dengan perbuatan dan perkataan. Dari mula kita bangun dari tidur hingga kita tidur semua keranaNya. Berapa ramaikah kita yang mengucap Alhamdulillah ataupun membaca doa bangun tidur selepas bangun dari tidur? Berapa ramaikah kita yang mengucapkan syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya? Contohnya kita sentiasa diberi ujian sama ada kecil mahupun besar seperti tayar pancit semasa hendak pergi ke tempat kerja,tidak mempunyai kewangan yang kukuh,mempunyai rumah yang kecil,ditimpa musibah berganda-ganda? Apa respon pertama kita? 'Aduh,buat hal la pulak benda alah ni,lambat la pergi kerja.' 'Keluarga kami susah dari dulu lagi,kadang-kadang makan sekali sehari je'. 'Ahhh! leceh la,malas la macam ni,banyak problem la'. Itu antara contoh yang berlaku disekeliling kita,sedang berlaku dan banyak berlaku disetiap hari kita.

Tahukah anda bahawa setiap ujian yang diberikanNya tanda bahawa Dia sentiasa memerhatikan kita? Dia tidak akan memberi kita ujian yang sebegitu jika kita tidak kuat. Musim hujan kebelakangan ini,berapa ramaikah kita yang menadah air percuma dariNya? Berapa ramaikah kita yang membazir makanan apabila tiba musim perayaan,misalnya rumah terbuka. Ramai yang mengambil makanan secara berlebihan,penuh pinggan dengan segala juadah kerana rambang mata dan akhirnya hanya makan sikit dan lebihannya tinggal tidak berusik? Allah.. Membazirnya.. ='(

Alhamdulillah,disebabkan didikan keluarga penulis yang mengamalkan kesederhanaan dalam setiap perbuatan amat penulis kagumi. Sampaikan ada rakan rakan yang pernah menggelarkan penulis seorang yang kedekut kerana segala perbelanjaan penulis di kolej dahulu akan ditapis dan dikaji dahulu sebelum membelanjakan duit. Mana kemahuan atau keperluan. Akhir bulan,mereka juga lah yang bertanya macam mana nak jimat duit. =) 

Akhir kata,tanyalah diri sendiri. Macam mana kita jalani kehidupan seharian kita? 

No comments:

Post a Comment