Monday, June 10, 2013

Warkah untuk Ayah

Assalamualaikum.. 

Ayah,terdahulu anakmu ini nak ucapkan Selamat Hari Bapa. Sebenarnya hari-hari hari bapa,bukan setakat bulan ni je,malah setiap hari setiap detik adalah hari bapa. Ayah,nak cakap sikit ni,tapi malu..hehe.
Okey sila serius ye.

Ehem.. Bismillah. Ayah,terima kasih sebab membesarkan anakmu ini,terima kasih sebab mendidik,mengajar,mengasuh anakmu ini. Terima kasih sebab susah payah berulang-alik hantar kami pergi dan balik sekolah,terima kasih sebab terpaksa bangun pagi dengan mak masak,buat kerja rumah sama2 dengan mak,uruskan kami adik-beradik. Memang kelam-kabut waktu pagi,mana yang naik bas,mana yang ayah hantar,mana adik lagi yang dihantar ke rumah jiran,lepas tu ayah dan mak siap2 pergi kerja pula. 

Ayah,walaupun kita hidup sederhana,tapi rezeki kita sentiasa cukup kan? Dengan bilangan keluarga yang boleh dikatakan besar,ayah dan mak boleh tanggung kami semua,ayah sangat hebat. Tabik spring ! =) Dari dulu lagi ayah suka berniaga,dari ayah bujang sampai la ni,ayah masih lagi suka berniaga,macam-macam sampai orang tanya ayah kerja apa memang jawapannya ayah kerja sendiri. Dengan sumber rezeki berniaga la,ayah dan mak dapat tampung kami semua. Sekarang ni alhamdulillah ayah dan mak buka bisness roti secara kecil-kecilan,insha Allah penulis akan update kemudian. 

Ayah,ramai orang cakap ayah nampak garang. Hehe,okey ramai juga orang cakap muka ayah macam Chef Wan,tapi apa-apapun muka ayah memang macam tu,nampak je garang tapi tapi tapi,beliau sangat kelakar. Seriously beliau sangat kelakar,rasanya kami adik beradik mewarisi lawak ayah tu. Kalau campur ayah dengan mak punya lawak,memang boleh ketawa sampai nangis,hehe. Tanyalah kawan-kawan penulis,kalau diorang datang konvoi ramai2 masa raya,memang antara rumah yang paling lama,selain dapat ceramah free,ayah suka buat diorang macam kawan2 juga. Hehe ^__^  

Ayah sangat awesome,sebab tanya je ayah soalan apa pun,ayah mesti dapat jawab,walau  kadang-kadang jawapan dari ayah tu pendek tapi padat dan logik. Yang bestnya bagi je ayah repair atau buat sesuatu benda,ayah mesti dapat selesaikan. Ayah sangat kreatif,contohnya ayah boleh jadikan kasut yang dah takde harapan lagi,jadi kasut yang boleh tahan lasak,buat buaian traditional yang tahan lasak untuk anak-anak buah dia main kat belakang rumah tu (okey termasuk anak dia sendiri,hehe) repair wayar2 yang berselirat,berkebun,nukang (menukang),dan macam-macam lagi. =) 

Alhamdulillah berkat ayah dan mak mendidik kami supaya sentiasa berdikari,sampai sekarang ni pun kami sudah biasa berdikari. Kami adik -beradik sangat-sangat bangga dengan ayah,walaupun ada je sebahagian orang yang pandang rendah kat ayah,tapi kami tak hiraukan pun,malah terus membakar semangat untuk buktikan keluarga kita,anak-anak ayah ni boleh berjaya maca orang lain. Insha Allah.

Ayah,tak ada orang pun yang boleh ganti tempat ayah. Hanya satu di dunia,ayahlah yang terbaik untuk kami. Ayah,kan best kalau dapat pasangan hidup macam ayah,buat masa sekarang ni memang tak fikir lagi,tapi masa akan datang? Macam mana ye? Agaknya dapat tak ciri-ciri macam ayah? =) hmm,terlebih berangan rasanya penulis ni,hehe. Ayah,doakan yang terbaik ye untuk kami semua,doakan semuanya baik,sihat,berjaya dunia akhirat. Mungkin ayah tak akan baca warkah anakmu ini,tetapi anakmu ini akan tetap biarkan warkah ini tersimpan dalam blog ni,mana tau bila dah berusia nanti boleh baca semula. Insha Allah kalau panjang umur. ^____^







p/s : Saya sayang Ayah saya,anda bagaimana? ^_______^