Friday, March 15, 2013

Dakwah Alam Siber

Assamualaikum ..

Nombor 7, nombor kesukaan penulis ^_____^ 

Alhamdulillah. Kali ni memandangkan post nombor 7,perlulah post yang menjadi kegemaran hati penulis,hihi. Letak bintang kejap *** lalala. =) Okey,penulis suka baca blog ni. http://selamattinggal.blogspot.com. Sangat-sangat bermakna dan berbaloi kalau singgah,sila ye. Penulis suka cara encik Rusydi (rasanya) menulis,dan memberi nasihat melalui facebook dan blognya. Oh,beliau juga banyak lukis lukisan yang penulis share di post lepas,google je Rusydee Art,akan keluar dengan banyaknya. =) Rasa nak share je semua karya-karya dia kat sini,takut pula disalah erti nanti. Maafkan diri ini ye encik Rusydi. =) 

Hati,kalau tak dijaga dengan baik,akan kotor,akan hitam dan gelap. Bagaimana hati boleh kotor sedangkan yang mencorakkannya adalah ibu bapa kita? Pernah dengar kan perumpamaan seperti : "Anak bagaikan kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya,jika putih putihlah,jika hitam hitamlah." Tapi jangan pula menyalahkan ibu bapa 100% ,umur 7 tahun kita sudah baligh,bukankah kita ada akal yang tahu berfikir mana  baik dan buruk? Sila jangan berfikir negatif,segala masalah sebenarnya berpunca daripada kebanyakkan cara orang berfikir, susah apabila minda di setkan berfikiran jangka masa pendek contohnya bila membaca atau mendengar sesuatu berita itu,akan cepat percaya,bukan mahu menyelidiknya terlebih dahulu. Apabila berlaku begini,akan ada berlakunya pergaduhan,perselisihan faham jika sesuatu berita itu palsu atau khabar angin sahaja. Malah boleh putusnya hubungan silaturrahim antara satu sama lain. MasyaAllah.. 

Ayuh bangkitlah wahai pemuda pemudi sekalian,bangun dan berjihad di jalan Allah,bukan disuruh berperang dengan musuh,hanya berjuang menegakkan Islam melalui saluran yang betul. Facebook ada,Twitter ada,Blog ada and you name it,hanya buat atau tidak terpulang pada individu tu masing-masing. Wassalam.




No comments:

Post a Comment