Assalamualaikum..
Masa terus berlalu. 16 Mac 2013 , jam menunjukkan angka 12.25 pagi. Ya,penulis masih lagi berjaga,ligat otak pagi ini untuk meng 'update' post baru walaupun takde sorang pun yang baca melainkan diri sendiri,hehe. Biarlah,suatu hari nanti bila umur panjang dan sudah berusia,akan buka balik blog ini dan baca semula (mungkin hidup lagi atau tidak terserah pada-Nya).
Kali ni penulis teringin nak menaip dan bercerita tentang couple atau bahasa jawanya berpasangan. Hihi, siapa yang nak hidup berseorangan? Sedangkan binatang pun perlu berteman,kalau kita buka hati, minda dan mata kita lihatlah kebesaran-Nya ,menjadikan manusia dan binatang berpasang-pasangan. Tapi masa kini? =) Couple tu kira wajib bagi setiap manusia,kata mereka senang untuk mengenali hati budi masing-masing (terasa diri ini) .Hmm,tentu terdetik di hati manusia yang ingin berkahwin,melahirkan zuriat,hidup berteman,dan merasa berkeluarga bukan? Penulis tidak terkecuali,siapa yang tak nak berkahwin? Mungkin sebilangan kata tidak kerana takut akan keadaan sekarang ni,tak sampai beberapa bulan atau tahun sudah banyak kes cerai,malah menjadi lumrah hidup. MashaAllah,minta dijauhkan.
Penulis banyak baca dari buku,majalah,artikel malah video mengenai hidup berpasangan ni,lagi-lagi jiwa muda ni mudah terleka dengan duniawi sekarang,rasa takut untuk memilih jodoh,malah dengan diri ini yang serba kekurangan. " Layakkah aku diberikan lelaki yang baik-baik? Sudah bersediakah mahu memikul tanggungjawab selepas berumahtangga? Sudah cukupkah amalan dan sifat-sifat seperti muslimah sejati? " Segala persoalan kerap bermain di minda penulis,hendak diluah tetapi tak yakin ada yang boleh menjawab,dan penulis malu mahu bertanya pada yang arif. Allah.. ='(
Penulis memang hendak mendirikan rumahtangga,orang kata bila dah berkahwin ni pahala berlipat-lipat kali ganda. Bayangkan lihat+tenung mata pasangan kita sudah dikira pahala? Apatah lain-lain lagi? Bestnya! Rasanya dah banyak kali dah penulis cakap dengan keluarga yang mahu berkahwin dalam nada bergurau (hihi) tapi biasalah,ibu bapa sekarang ni sebab sayangkan anak dia la mereka suruh belajar habis dulu,cari kerja elok-elok,pengalaman baru berasa susah,rasa berdikari,dan cari duit sendiri dulu.Insha Allah. ^____^
Memang perkahwinan perlukan restu ibu bapa,tapi kalau seseorang anak itu melakukan dosa,maksiat sebelum berkahwin nanti? Soalan ini selalu bermain di fikiran penulis,dengan zaman teknologi sekarang,zaman moden sekarang,tak mustahil kes membuang bayi berleluasa,siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah pelaku itu kerana tewas dengan nafsu? Ibu bapa yang kurang memberi pendidikan atau menyalahkan teknologi dan keadaan sekeliling? Tepuk dada tanya Iman. =)
p/s : Share ,kopi dan milo gambar rusydee art. sila singgah di blog encik ini ^____^ http://selamattinggal.blogspot.com


No comments:
Post a Comment