Assalamualaikum..
Maafkan penulis terlebih dahulu kerana akan mengupdate luar dari topik keislaman tetapi lebih kepada minat penulis terhadap Korea. Ya,penulis adalah peminat drama/movie,lagu, dan segalanya tentang Korea. Sebentar lagi penulis akan meyenaraikan sebab musabab penulis minat dengan negara yang terkenal tentang 'Korean Wave' atau gelombang korea ni. =)
Jangan salah faham akan blog ini,bukan hanya mengupdate mengenai keislaman sahaja tetapi tentang apa yang ingin diluahkan atau apa yang jari ini menulis. ^^ Okey,berbalik kepada Korean Wave,sekarang ni setiap minggu hari selasa penulis akan sentiasa download game show Running Man.
Pada pembaca (ade ke? hihi ) yang tak tahu apa benda ni,sila google atau mungkin akan dipandang serong oleh peminat fanatik Running Man,opss! Okey,penulis akan cerita sikit mengenai RM ni,peserta terdiri daripada pengacara Yoo Jae Suk (tengah) pengacara yang sangat-sangat humble to earth,dia sangat terkenal di Korea dengan sifatnya yang sangat baik dan disukai ramai tak kira dari budak kecil sampai ahjumma/ahjusshi (makcik/pakcik) . Selain tu ada juga pelakon,penyanyi,dan rappers yang dulunya kurang dikenali ramai,tapi lepas menjadi peserta tetap dalam RM,mereka terus dikenali ramai termasuk seluruh Asia. Ini serius sebab antara lokasi penggambaran diorang di negara Korea sendiri,China,Hong Kong,Vietnam,Thailand,Macau. Yang bestnya ada scene di episod 75 kalau tak silap penulis ada tunjukkan scale model KLCC dekat Korea sana.
See,rasa bangga walaupun sekejap je scene ni,tapi secara tak langsung nama negara kita ada ditulis di situ,orang yang tengok pun tahu tentang Malaysia. ^^ . Antara sebab penulis menjadi peminat RM adalah :
1. Sebab dari kecil dulu memang minat dan suka negara Korea dan Jepun ,paling penulis respek sebab budaya hormat diorang. Sangat-sangat hormat orang yang lebih tua,beradab dan tak menjatuhkan sesama sendiri. (Jangan risau,penulis masih sedar diri yang penulis juga Orang Melayu yang kaya dengan adab sopan dan tatasusila,cuma sesetengah orang kita sangat kurang adab,lagi-lagi percakapan,berfikiran sempit dan tidak mahu membuka minda dengan seluas-luasnya . Maaf,hakikatnya memang benar.)
2. Sebab penulis sekolah rendah dulu di sekolah cina,suka bergaul dengan kaum lain macam Cina,bila di kolej dulu ada kawan India. Dan mengalirnya darah dalam badan penulis ada darah Cina (nenek Cina mualaf) . Jadi tak kisah untuk berkawan dengan sesiapa pun termasuk la kawan dari negara matahari terbit, Konichiwa ( Hai ) Shinichi! Nari! Kenji =) Bila tengok RM ni,tengok persahabatan diorang,sangat cool je,gaduh2 pun okey balik,dan diorang sangat mementingkan nilai persahabatan.
3. Sebab impian penulis dari kecil dulu (tak silap darjah 4) nak jalan-jalan di Jepun atau Korea tengok bunga sakura,hehe. Tak percaya sila belek diari saya,hihi . Dan yang paling penting penulis memang rancang ke dua-dua negara tersebut bila tiba masa dan saat nanti. Inshaa Allah. ^___^
4. Sebab diorang sangat jujur dan selamba je dalam RM ni,sangat kelakar dan tak kisah pun kalau diorang kena buat apa pun tugasan dalam game show ni. Segala perlakuan dan gerak geri diorang dari diorang bangun tidur sampai habis rancangan memang tak dibuat-buat. Kadang-kadang diorang pun tak tahu apa-apa pun,ada jugak episod yang rancang macam diorang akan kenakan guest yang datang.
5. Sebab guest yang datang dalam RM ni. Sangat best dan cool! Episod 135 Jackie Chan datang okey,sangat WAH dan macam tak percaya,show ni memang awesome atau koreanya Daebak ! =) Selain tu,ada pelakon,penyanyi,ahli sukan dan sesiapa pun diorang boleh panggil untuk jadi guest diorang.
6. Sebab yang paling penting diorang sangat FIT ! Dah 2 tahun lebih RM ni,jadi diorang sangat peka dengan persekitaran diorang,bila rasa semacam je diorang akan lari,sembunyikan diri dari kena tangkap.
7. Sebab ada sorang and the only one peserta perempuan yang tetap iaitu ACE Song Ji Hyo yang juga pelakon. Sebab dia sangat berani/kuat dan selalu menang. Orang panggil dia ACE,lelaki pula ketuanya SPARTA Kim Joong Kok ,penyanyi bersuara halus tetapi berotot,suka pergi gym dan sangat menjaga kesihatan.
Penulis cadangkan sesiapa yang tak minat/anti korea ni tengok dulu 1 atau 2 episod RM,setakat ni penulis dah yakinkan lebih dari 5 orang yang kureng Korea ni tengok show ni,dan keputusannya diorang yang terlebih excited ! Hehe,termasuk kakak sendiri. Hohohoho (sudah,jangan RIAK) ^^ Tak lupa juga pada VJ (cameraman) diorang,setiap peserta ada cameraman sendiri,cool kan? Cameraman diorang pun FIT,lari/sembunyi sama-sama dengan diorang. Nak bagi THUMB UP kat cameraman,dan krew-krew RM sebab tanpa diorang RM takkan jadi lebih menarik.
Oh,sebelum terlupa penulis nak ingatkan pada diri dan terutama pada pembaca dan semua orang kita kenalah sentiasa POSITIF dan bersangka baik,janganlah pula bila dah baca apa yang penulis taip ni terus cakap penulis lupa diri la,culture shock la dan lain-lain. Ambil yang jernih je,keruh dibuang okey? ^____________^





No comments:
Post a Comment