Monday, April 1, 2013

Kisah Bas Ting-Tong

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah,dah masuk dah bulan April hari ni. Haaa,jangan nak memandai sambut April Fool bagai. Take note. Penulis dah lama tak menari-nari atas keyboard ni,ni tengah mencari-cari lagi huruf sambil menaip dengan kelajuan 10km sejam,hihi. Okeylah,penulis sebenarnya nak cerita pengalaman 'manis' penulis naik bas ting tong a.k.a bas sangkut-sangkut ni. 

Al kisahnya bermula dari penulis berjalan-jalan ke Segamat sebab nak jumpa kawan sana,memandangkan dah berhenti kerja di Melaka hari jumaat lepas,terus gerak petangnya ke Segamat menaiki bas Mara Liner. Itu okey lagi sebab memang bas express terus ke bustand Segamat. Yang tak okey bila nak beli tiket untuk balik ke kampung halaman dah habis. Ah sudah,habis la..dah la kat Segaat tu bas dia sikit je,destinasi ke kampung halaman memang tak lalu. Lagi parah..last-last ambil keputusan naik bas sangkut-sangkut. Nasib baik penumpang tak ramai,dengan harga RM8.30 penulis menaiki bas ke kampung halaman,tapi bukan terus tapi kena pit stop lagi kat bustand satu lagi barulah sampai ke rumah penulis.

Pengalaman menaiki bas ting tong? Oh ,tidak rasanya first and last. Hehe,cukuplah sekali mendapat pengalaman yang 'manis'. Memang tak selesa,nak tidur pun tegak je badan sebab nak lentuk kiri kanan sampai baring atas hand luggage pun serba tak kena. Lagi satu,tau lah jalan Segamat macam mana,bersimpang-siur,penulis memang dari dulu lagi kalau jalan kat area macam ni alamatnya pening kepala la. Terus capai gula-gula,kunyah dan sambil dengar mp3 kat headfon,sambil tu jugak mata pejam sebab tak nak tengok jalan yang bersimpang-siur tu. Hihi..  =)

Best dapat jumpa kawan kat Uitm Segamat tu,haha jangan tanya la stay dekat mana,dah tentu-tentu seludup masuk bak kata orang pendatang ahsing. Yang best kawan siap sedia kad matrik pinjam lagi untuk lepas pak guard Uitm,hihi. Sorry pak guard ! Paling best kat Uitm Segamat seab ade foodcourt yang heaven! haha,mana tak nya,segala makanan ada jual kat situ,nasi arab la ,nasi bukhary la,nasi ambang,yee mee sizlinggg la,yummmmm. and you name it,semua ada! Yang penting murah,seriously murah sebab student kan,mesti diorang jual murah,try la jual mahal confirm student tak nak makan. hihi..

To you,my dear friend. Thanks sebab bagi tidur kat bilik kamu,thanks sebab belanja makan,thanks sebab bawak jalan-jalan,dan penulis nak minta maaf sebab ganggu kamu yang nak exam. Untungla dah jadi senior,final year ye cik kak? Maaf ye,saya lagi senior sebab habis awal dari kamu,haha. 

Sebelum balik kampung halaman tercinta,ada jalan-jalan dengan kawan pergi mall,ternampak henna terus rasa nak buat. Sebab murah dan rasa berbaloi terus tarik tangan kawan buat sama,dan hasilnya...



Taraaaaa... okey tak? okey tak? hihi,memang sengaja amik design yang simple,tak la berselirat macam wayar,hihi. =) Seminggu je kekal ni,mandi,basuh tangan semua tu kena air lagi cepat la tanggal. Okey la,rasa mengantuk pulak,baru pukul 10 malam dah rasa ngantuk,esok start keje kena tidur awal la. So,izinkan penulis beradu ye.. =)

Wasalam.. ^___^

No comments:

Post a Comment