Assalamualaikum..
Fuhhh! Eh,bukan mengeluh,tiup habuk ni ha. =p Okey,kali ni penulis nak menulis entry berkenaan Kerajaan vs Swasta ni. Daripada pendapat penulis la kan,kedua-dua sektor ni masing-masing memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. Keduanya ada pro dan con.
Dewasa kini,ramai sangat graduan graduan yang dilahirkan oleh institusi kerajaan dan swasta ni,rasanya kalau tak keterlaluan lulusan Diploma mahupun Ijazah memang ramai dah,yang tak bestnya bila graduan dari U ataupun institusi kerajaan keluar habis belajar,syarikat di luar sana tu akan ambil mereka bekerja. Habis yang dari institusi swasta ni? Ya,memang betul rezeki masing-masing kalau dapat dipanggil,dari pengalaman penulis sendiri dan pengalaman rakan-rakan serta orang sekeliling penulis juga mengalami nasib yang sama. Kenapa seolah-olah kami ni di anak tirikan? Ini bukan jeles mahupun dengki,tapi cuma tertanya-tanya,kebanyakkan yang dari institusi swasta ni bukan tak pandai,bukan hanya sijil kosong semata-mata tapi kerana nama besar sesetengah universiti tempatan yang lebih gah menarik hati majikan di luar sana.
Kasihan sesetengah graduan swasta,kasihan juga sesetengah graduan kerajaan,disebabkan lambakan graduan yang keluar dari institusi kedua-dua nya menyebabkan ramai yang menggangur menunggu panggilan kerja,tidak bekerja dan ada juga yang mula berniaga kecil-kecilan. Mula lah fikir macam mana nak bayar semula PTPTN yang telah dipinjam setelah belajar selama beberapa tahun. Tambah lagi tinggal di tempat yang kos sara diri tinggi,duit minyak,duit makan,bayar hutang kereta,rumah. Tambah tolak bahagi semuanya dan tinggal lah saki baki adalah untuk diri sendiri.
Peringatan untuk para graduan dan bakal graduan,jangan terlalu memilih kerja. Bila dapat mana-mana kerja,ambil peluang tersebut dan hargainya. Janganlah pandang rendah akan diri sendiri,atau pandang rendah pekerjaan yang datang. Kerana ramai lagi tidak mempunyai pekerjaan ,ramai lagi yang ingin bekerja tetapi belum sampai rezekinya. Abaikan kata-kata sinis orang,cakap-cakap belakang orang,pandangan serong orang,sampai bila mahu dengar cakap orang. Keep calm and think positive guys ! You can do it !
Penulis kini sudah tamat pengajian lulusan Diploma,menunggu untuk konvokesyen insya Allah tahun ini. Dan ya, saya seorang graduan lepasan kolej. Jika anda sebagai seorang majikan,adakah anda akan mengambil seorang graduan lepasan Universiti ataupun Kolej? Jika anda mengambil graduan lepasan Universiti,kami graduan lepasan Kolej akan mengalami pengalaman sebegini :
Temuduga terbuka untuk memohon jawatan sebagai ************* ,gambaran sebenar yang dialami penulis pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur,masha Allah ramai yang memohon seperti penulis juga. Lebih kurang 1000 lebih orang yang datang dari pelbagai negeri untuk mencuba nasib. Bila mengenang dan muhasabah diri,terasa jauh lebih untung daripada mereka yang datang dari jauh ,pukul 6.30 pagi sudah beratur di depan pagar untuk ditemuduga. Pagar dibuka lebih kurang pukul 9.00 ,itu pun setelah diperiksa dengan teliti seorang demi seorang masuk oleh pegawai yang bertugas . Kerdil rasa diri ini,ini baru bersaing dengan mereka disini,di luar sana? Masha Allah,tak terbayang macam mana persaingan yang berlaku kelak. Bersyukurlah pada anda yang telah mendapat pekerjaan,jalankan lah tanggungjawab anda dengan amanah,jujur dan ikhlas.
Hamba yang kerdil,
-SNS-



No comments:
Post a Comment