Tuesday, December 3, 2013

I'm Graduated !

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah,tanggal 21 November haritu penulis telah menghadiri konvokesyen kali ke-11 di Dewan Seri Negeri Melaka. Alhamdulillah kleuarga hadir memberikan sokongan padu terhadap penulis. Disebabkan penulis baru memulakan kerja,terpaksa amik UL ataupun Unpaid Leave untuk 2 hari, isk isk.. sedih juga. Baru sebulan bekerja,dah tak dapat full gaji,bulan depan OT, OT. hehe.

Eh,tak boleh lama menulis (isk,rindu nak tulis panjang panjang ) .Sekarang jam menunjukkan angka 11,kejap lagi masa kat CC dah habis,esok kerja shift pula. Sila balik sekarang ye wahai sang penulis,balikkk.. hehe. Oh ya,Alhamdulillah penulis dah dapat kerja haritu,tempat pun dekat sangat dengan kapal terbang. Melancong adalah kesukaan penulis,dah dekat sangat dah dengan impian penulis. Doakan penulis ya.  ^__^

Monday, October 21, 2013

Mimpi

Assalamualaikum..

Mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan ,pendengaran , fikiran, perasaan, atau indra lain dalam tidur , terutama semasa tidur yang disertai gerakan mata yang cepat ( rapid eye movement / REM sleep ).
Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil berlaku dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Pengecualiannya adalah dalam mimpi yang disebut lucid dreaming . Dalam mimpi demikian, pemimpi menyedari bahawa dia sedang bermimpi saat mimpi tersebut masih berlangsung, dan kadang-kadang mampu mengubah persekitaran dalam mimpinya serta mengendalikan beberapa aspek dalam mimpi tersebut. Sumber Wikipedia.



pic by budakhutan.com (google dan terjumpa) =)

Hmm,okey,dah faham sikit-sikit. Sebelum ni penulis banyak kali mimpi suasana kelas atau tempat belajar. Bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah rendah dan menengah didalam mimpi penulis hari tu. Setelah google,mimpi menurut pandangan Islam,mimpi mengikut perspektif Islam,masih tak faham. Tak jelaskan secara spesifik tentang sesuatu mimpi tu. Akan terus mencari dan menggali lagi pak google tu sampai faham. ^____^

Kadang-kadang mimpi ni best,macam-macam boleh kita bayangkan dan apabila masuk tidur,apa yang kita bayangkan terus jadi mimpi,hehe. Penulis haritu marathon tengok cerita Resident Evil dari satu sampai last. Malamnya bila tidur terus mimpi kena tembak,sakit o0o,hihi. Siap berlawan tembak-tembak dengan orang jahat lagi,huish bahaya macam ni. =p

Penulis terbaca dalam internet,kalau kita mimpi buruk,tak boleh cerita kat orang,takut orang tafsir bukan2 kot. Mungkin mimpi buruk yang tertentu,bukan mimpi buruk macam kena patuk ular atau sebagainya itu. Pernah mimpi berada atas bangunan yang tinggi? Lepas tu terjatuh dan kita tersedar cepat-cepat. Rasanya macam betul-betul terasa diri jatuh. Sebenarnya memang betul,apabila seseorang itu bermimpi,roh kita sebenarnya sedang mengembara. Memang apa yang kita mimpi,roh kita yang berada dalam mimpi itu (maafkan saya jika salah) Itu yang kadang -kadang kalau kita tengok cerita tentang kematian,apabila watak itu berdepan dengan azab seksaan,dikelilingi dengan api,gambaran tentang balasan didunia. Dan apabila seseorang itu tak kuat,boleh terperangkap di dalam mimpinya sendiri. Roh tersebut tidak dapat cari jalan pulang,dan berakhirnya hayat seseorang itu.  

Sebab itu kita digalakkan untuk membaca surah-surah contohnya 3 Kul,doa untuk tidur,ayat kursi atau ayat-ayat lain yang boleh menghalang diri kita dari gangguan syaitan. Dan terbaik ada wuduk apabila hendak tidur,mana lah tahu kan,ajal kita sampai semasa tidur,kan best? =) Inshaa Allah penulis akan sentiasa mengamalkan sentiasa. 






p/s: Semoga mimpi yang indah-indah ya. ^_____^

Sunday, September 29, 2013

Apa Lagi?

Apa lagi yang kau mahu?
Apa lagi yang kau runsingkan?
Apa lagi yang kau tak puas hati?

Apa lagi? 

Masih tidak puas hatikah selama ini Nikmat yang diberiNya kepada kau?
Udara,kesihatan,kewangan,keselamatan,dan lain itu? Semua diberi percuma tanpa bayaran.
Cuma balasannya Ibadatmu kepadaNya,cukup tak? Solatmu,akhlakmu? Sudah sempurna?

Syukurlah walaupun diberi ujian yang bertimpa,bukankah itu tanda Dia memerhatikanmu?
Bukankah itu tanda Dia ingin menguji tahap kesabaranmu? 

Sabarlah,ujianmu hanya sedikit berbanding orang lain,lihat sekelilingmu,ramai lagi yang menderita. Tiada tempat berlindung,tiada makanan,tiada pelajaran,tiada pekerjaan,tiada wang,tiada kasih sayang. Masih mahu mengeluh? 

Hey,kamu.. Ya kamu yang menulis ni. Senyumlah,segaris senyuman yang terpancar di wajahmu itu akan membuat kamu bahagia,membuat orang lain senang bersamamu,juga mendapat pahala walaupun hanya dengan senyum.

"You have to take the good from the bad,smile with the sad,love what you have and remember what you had. Always forgive,but never forget,learn from mistakes but never regret."  kata kawan penulis. Terima kasih kawan. =)





Tuesday, September 24, 2013

Kerajaan vs Swasta

Assalamualaikum..

Fuhhh! Eh,bukan mengeluh,tiup habuk ni ha. =p Okey,kali ni penulis nak menulis entry berkenaan Kerajaan vs Swasta ni. Daripada pendapat penulis la kan,kedua-dua sektor ni masing-masing memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. Keduanya ada pro dan con. 

Dewasa kini,ramai sangat graduan graduan yang dilahirkan oleh institusi kerajaan dan swasta ni,rasanya kalau tak keterlaluan lulusan Diploma mahupun Ijazah memang ramai dah,yang tak bestnya bila graduan dari U ataupun institusi kerajaan keluar habis belajar,syarikat di luar sana tu akan ambil mereka bekerja. Habis yang dari institusi swasta ni? Ya,memang betul rezeki masing-masing kalau dapat dipanggil,dari pengalaman penulis sendiri dan pengalaman rakan-rakan serta orang sekeliling penulis juga mengalami nasib yang sama. Kenapa seolah-olah kami ni di anak tirikan? Ini bukan jeles mahupun dengki,tapi cuma tertanya-tanya,kebanyakkan yang dari institusi swasta ni bukan tak pandai,bukan hanya sijil kosong semata-mata tapi kerana nama besar sesetengah universiti tempatan yang lebih gah menarik hati majikan di luar sana. 



Kasihan sesetengah graduan swasta,kasihan juga sesetengah graduan kerajaan,disebabkan lambakan graduan yang keluar dari institusi kedua-dua nya menyebabkan ramai yang menggangur menunggu panggilan kerja,tidak bekerja dan ada juga yang mula berniaga kecil-kecilan. Mula lah fikir macam mana nak bayar semula PTPTN yang telah dipinjam setelah belajar selama beberapa tahun. Tambah lagi tinggal di tempat yang kos sara diri tinggi,duit minyak,duit makan,bayar hutang kereta,rumah. Tambah tolak bahagi semuanya dan tinggal lah saki baki adalah untuk diri sendiri. 

Peringatan untuk para graduan dan bakal graduan,jangan terlalu memilih kerja. Bila dapat mana-mana kerja,ambil peluang tersebut dan hargainya. Janganlah pandang rendah akan diri sendiri,atau pandang rendah pekerjaan yang datang. Kerana ramai lagi tidak mempunyai pekerjaan ,ramai lagi yang ingin bekerja tetapi belum sampai rezekinya. Abaikan kata-kata sinis orang,cakap-cakap belakang orang,pandangan serong orang,sampai bila mahu dengar cakap orang. Keep calm and think positive guys ! You can do it ! 





Penulis kini sudah tamat pengajian lulusan Diploma,menunggu untuk konvokesyen insya Allah tahun ini. Dan ya, saya seorang graduan lepasan kolej. Jika anda sebagai seorang majikan,adakah anda akan mengambil seorang graduan lepasan Universiti ataupun Kolej? Jika anda mengambil graduan lepasan Universiti,kami graduan lepasan Kolej akan mengalami pengalaman sebegini :




Temuduga terbuka untuk memohon jawatan sebagai *************  ,gambaran sebenar yang dialami penulis pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur,masha Allah ramai yang memohon seperti penulis juga. Lebih kurang 1000 lebih orang yang datang dari pelbagai negeri untuk mencuba nasib. Bila mengenang dan muhasabah diri,terasa jauh lebih untung daripada mereka yang datang dari jauh ,pukul 6.30 pagi sudah beratur di depan pagar untuk ditemuduga. Pagar dibuka lebih kurang pukul 9.00 ,itu pun setelah diperiksa dengan teliti seorang demi seorang masuk oleh pegawai yang bertugas . Kerdil rasa diri ini,ini baru bersaing dengan mereka disini,di luar sana? Masha Allah,tak terbayang macam mana persaingan yang berlaku kelak. Bersyukurlah pada anda yang telah mendapat pekerjaan,jalankan lah tanggungjawab anda dengan amanah,jujur dan ikhlas. 

Hamba yang kerdil,
-SNS-




Wednesday, September 4, 2013

Ya Allah..




Ya Allah..

Aku memohon keampunanMu..
Kau ampunkanlah dosa-dosaku dari kecil sehinggalah kini. Kau rahmatilah kedua ibu bapa kami Ya Allah..Kau limpahkanlah rezeki kepada kami,serta perelokkanlah urusanku didunia dan di akhirat kelak. ='(

Ya Allah,aku malu kepadaMu..
Setiap hari aku melakukan dosa kepadaMu,tidak kira besar atau kecil,disengaja atau tidak sengaja,siang dan malam silih berganti. Kau jauhkanlah kami dari azab kubur,azab api neraka dan dari fitnah Dajjal . ='(

Allah,aku memohon padaMu Ya Allah..
Kau berilah kekuatan pada diriku,kau tetapkan hatiku,Kau berikanlah Taufik,Nur dan HidayahMu kepadaku. ='(

Ya Rabbi,aku bermohon padaMu..
Kau berikanlah aku jodoh yang terbaik Ya Allah,yang akan memimpinku ke JannahMu Ya Allah,kau berikanlah daku zuriat yang soleh dan solehah Ya Allah,berikan daku peluang agar mendapat pahalaMu yang berganda-ganda Ya Rabbi..='(

Ya Allah..
Kau kuatkan hati mereka yang dizalimi,dibunuh dengan kejam di negara-negara yang bergolak pada masa kini Ya Allah,kau tetapkan hati mereka,iman mereka,dan syahidkanlah mereka disisiMu. Kau lumpuhkanlah tangan mereka yang kejam Ya Allah,hanya padaMu kami memohon.. ='(




Friday, August 30, 2013

Bersyukurkah Kita?

Assalamualaikum..

Bersyukurkah kita? Tajuk entry pada kali ni penulis akan tekankan perkataan SYUKUR. Tanpa Google,dari segi fahaman penulis,syukur bermaksud mengucapkan terima kasih padaNya dengan perbuatan dan perkataan. Dari mula kita bangun dari tidur hingga kita tidur semua keranaNya. Berapa ramaikah kita yang mengucap Alhamdulillah ataupun membaca doa bangun tidur selepas bangun dari tidur? Berapa ramaikah kita yang mengucapkan syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya? Contohnya kita sentiasa diberi ujian sama ada kecil mahupun besar seperti tayar pancit semasa hendak pergi ke tempat kerja,tidak mempunyai kewangan yang kukuh,mempunyai rumah yang kecil,ditimpa musibah berganda-ganda? Apa respon pertama kita? 'Aduh,buat hal la pulak benda alah ni,lambat la pergi kerja.' 'Keluarga kami susah dari dulu lagi,kadang-kadang makan sekali sehari je'. 'Ahhh! leceh la,malas la macam ni,banyak problem la'. Itu antara contoh yang berlaku disekeliling kita,sedang berlaku dan banyak berlaku disetiap hari kita.

Tahukah anda bahawa setiap ujian yang diberikanNya tanda bahawa Dia sentiasa memerhatikan kita? Dia tidak akan memberi kita ujian yang sebegitu jika kita tidak kuat. Musim hujan kebelakangan ini,berapa ramaikah kita yang menadah air percuma dariNya? Berapa ramaikah kita yang membazir makanan apabila tiba musim perayaan,misalnya rumah terbuka. Ramai yang mengambil makanan secara berlebihan,penuh pinggan dengan segala juadah kerana rambang mata dan akhirnya hanya makan sikit dan lebihannya tinggal tidak berusik? Allah.. Membazirnya.. ='(

Alhamdulillah,disebabkan didikan keluarga penulis yang mengamalkan kesederhanaan dalam setiap perbuatan amat penulis kagumi. Sampaikan ada rakan rakan yang pernah menggelarkan penulis seorang yang kedekut kerana segala perbelanjaan penulis di kolej dahulu akan ditapis dan dikaji dahulu sebelum membelanjakan duit. Mana kemahuan atau keperluan. Akhir bulan,mereka juga lah yang bertanya macam mana nak jimat duit. =) 

Akhir kata,tanyalah diri sendiri. Macam mana kita jalani kehidupan seharian kita? 

Friday, August 23, 2013

Refleksi Diri

Assalamualaikum.. Masha Allah,dah lama tak update blog ni,bukan setakat habuk,kuman,bakteria dan geng2 dia semua ada dah kat blog ni. Hehe,nak tau something tak? (Bajet orang baca blog ni je) Sebenarnya selama menyepikan diri seketika ni kan,orang yang tengah taip ni sebenarnya kan lupa PASSWORD. Okey,agak pelik sebab sendiri yang letak password boleh lupa pula. Alhamdulillah,baru je dapat log in lepas try banyak kali. ^______^ 

Masuk tajuk sebenar,sekarang masih lagi bulan Syawal kan? Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menikmati dunia yang sementara ini cuma sekarang ni dunia tengah gawat,senang cerita dunia dah akhir zaman. Masha Allah,baru-baru ni tragedi bas terhumban di Genting Highland,kes tembak menembak macam main game,kes dera anak/isteri,kes budak main mercun,dan tak lupa juga saudara-saudara kita yang syahid di negara Islam terutama di Mesir sana. Allahu Rabbi ='(   

Semenjak dua menjak ni penulis begitu sensitif apabila mengenangkan nasib saudara kita di Mesir sana,dengan pergolakkan yang berlaku sekarang ni,keadaan di sana sangat menyayat hati. Penulis banyak menonton video amatur yang mereka rakam,dimana ramai yang ditembak sesuka hati oleh tentera Mesir,dilepaskan gas beracun,dan banyak lagi yang video yang memaparkan keadaan disana. 

Mereka diuji dengan peperangan dan mereka bermati-matian menegakkan syiar Islam,Masha Allah.. Kita disini? Isu politik yang tidak habis-habis,isu resort masjid yang dijadikan tokong,isu kalimah Allah,isu syiah yang berleluasa,dan sebagainya. Terkadang berfikir kenapa semua ni boleh terjadi? Salah siapa? Mungkin kita senang menuding jari kepada pihak tertentu,tapi puncanya tak lain tak bukan dari kita sebenarnya. Seperti apa yang penulis post kan pada entry yang lepas,kita TIDAK bersatu. 

Tahukah anda bahawa bangsa MELAYU sedang diperhatikan dan diketawakan oleh bangsa-bangsa lain? Kerana kita cepat melatah,cepat menuding salah antara satu sama lain,cepat menilai seseorang tanpa mengenalnya terlebih dahulu,cepat juga mulut yang lantang memaki hamun sesama sendiri. Malunya kita pada mereka..kita bertelagah sesama sendiri,mereka bersenang lenang sambil menepuk tangan kegembiraan dengan perancangan mereka yang berjaya. Perancangan mereka yang ingin lihat bangsa MELAYU jatuh,ISLAM hancur dan mereka juga sedang mengatur rancangan dengan teliti untuk menumbangkan kita pada bila-bila masa. Nauzubillah.. Sekarang,cuba muhasabah diri,refleksi diri kita,apa yang kita mampu lakukan pada masa kini?